Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1332

Susu Anlene UHT Baharu Dengan 50 Peratus Lebih Nutrien

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Mengapa ramai orang tidak suka minum susu? Macam-macam alasan diberikan. Ada yang tidak gemar rasanya, ada pula tidak suka baunya. Paling tidak munasabah, ada yang beranggapan minum susu hanya untuk bayi.


Malah satu kajian dalam kalangan kanak-kanak menunjukkan murid sekolah rendah kurang minum susu dan hanya 20 peratus yang meminumnya setiap hari. Ini sangat membimbangkan kerana susu adalah antara keperluan yang perlu untuk tubuh badan kita kerana ia ada segala nutrien yang diperlukan badan. Jangan tunggu usia dah tua baru kita nak start minum susu masa tu deria rasa pun dah tak sedapkan.

Kenapa Susu Anlene UHT?


Susu apa yang boleh dinikmati oleh semua peringkat usia adakah susu lembu atau juga susu rumusan berteknologi tinggi yang banyak dihasilkan sekarang. Kalau korang masih ragu-ragu Maha sebenarnya tengah mengamalkan minum susu Anlene UHT. Diperbuat untuk semua peringkat usia dan terbaru mengandungi lebih 50% Nutrien



Apa nutrien yang ada dalam susu ini? Ia mengandungi kolagen, protein dan kalsium yang tinggi. Apa itu Kolagen? Kolagen merupakan protein struktur utama di ruang luar sel dalam pelbagai tisu penghubung dalam badan. Apa pentingnya Protein pada tubuh kita? Protein adalah sumber yang dapat memberikan tenaga utama kepada tubuh agar kita sentiasa bertenaga dan mengembang dengan baik. Akhir sekali kenapa kena ambil kalsium? Kalsium dapat memberi pembentukan tulang dan gigi.



Jadi semua bahan ini sangat penting kepada tubuh kita dan ia ada dalam satu susu iaitu Anlene UHT sekarang ini. Jadi tak perlu kita makan bahan-bahan mentah lain lagi, hanya cukup ambil 2 cawan susu Anlene UHT setiap hari memberi segala nutrien yang diperlukan tubuh. Maha sendiri dah amalkan setiap hari dan dapat rasa kelainan pada badan lebih semangat hehehe. Selain daripada itu, susu Anlene sekarang boleh dapat dalam kotak dengan rasa original dan coklat.

Pengalaman Menarik Diaktiviti Anlene On-The-Go


Bagi menggalakan rakyat Malaysia terus mendapatkan susu setiap hari Program Anlene On-The-Go telah berlangsung beberapa minggu yang lepas. Kalau korang ada perasan yang Maha ada kongsikan dekat Facebook, Instagram dan juga live update semua tentang program ini lah. 


Pertama Maha pergi nikmati sendiri susu Anlene untuk sarapan pagi yang disediakan dibeberapa stesen LRT dan KTM seluruh Lembah Klang. Hari tu sempat singgah kat stesen KTM Midvalley untuk dapatkan sarapan pagi susu Anlene UHT dan juga roti. Ia sangat bermanfaat kepada rakyat Malaysia seperti Maha ni yang terlalu sibuk dan kadang-kadang lupa untuk ambil sarapan pagi walaupun hanya dengan segelas susu.



Dari situ Maha baru tahu bertapa pentingnya untuk mengambil susu setiap hari. Sapa yang sempat untuk dapatkan paket sarapan pagi dari Anlene tu korang memang bertuah sebab harga pun RM1 sahaja ada sekotak susu Anlene UHT dan sebuku roti. Kalau mereka ada buat lagi boleh pergi semua tempat agar seluruh rakyat Malaysia dapat nikmati susu.



Kemudian tidak habis kat situ pihak Anlene sediakan pula Roving Truck dekat beberapa kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti kat pusat beli-belah. Ni pun Maha ada update hari tu yang Maha sempat singgah kat IOI Boulevard Puchong untuk dapatkan sample susu Anlene. Kuga korang boleh beli produk Anlene dengan harga jauh lebih murah dan banyak. 

Melompat Bersama Stacy Anam


Kemuncak segala aktiviti Anlene On-The-Go ini adalah di perkarangan Lot 10 baru-baru ini. Kalau korang yang tengok live update kat Instagram dan Facebook Maha mesti akan nampak kelibat penyanyi popular Malaysia siapa lagi kalau bukan Stacy Anam. Sapa tak kenal Stacy yang memang cukup lincah dan suka menari ketika membuat persembahan. Beliau juga merupakan seorang isteri dan ibu yang aktif dirumah jadi progran ini memang sesuai dengan beliau.

 

Hari tu kami diberikan satu telefon yang ada aplikasi Anlene dalam tu dimana kami perlu melompat dan dalam masa sama kita akan lihat pada skrin gergasi seberang jalan untuk memenuhkan susu dalam satu kotak. Kena terus melompat sehingga penuh tu yang penat walaupun hanya 30 saat sahaja. Tanda-tanda bahawa Maha ni kurang nutrien dalam badan jadi cepat semput wakakaka.



Tidak macam Stacy yang aktif melompat dengan selamba dia jer tidak ada rasa penat. Ini semua untuk memberi tahu kepada orang ramai bahawa hidup kena 'Stay Active, Stay Agile' untuk hari lebih sejahtera. Seronok hari tu walaupun sekejap tapi ia memberi kesan kepada Maha sendiri untuk terus kekal sihat dan mengamalkan minum susu. Korang pun kena minum susu bukan tunggu hari tua sahaja sekarang dah kena amalkan. 

Maklumat lanjut tentang susu Anlene layari :







Viewing all articles
Browse latest Browse all 1332

Trending Articles