Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all 1331 articles
Browse latest View live

Sediakan Sajian Raya Tradisional Dengan Cara Moden

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Waktu dinantikan kini kian menjelma apabila rakyat Malaysia tidak sabar meraikan musim balik kampung. Persiapan sudah bermula untuk menyambut keraian Hari Raya Aidilfitri– membersih dan menghias rumah, membeli baju raya dan tidak dilupakan, menyediakan menu hidangan di pagi Raya.


Dengan adanya senarai tugasan yang dipenuhi pelbagai kerja untuk disiapkan, memasak biasanya jadi tanggungjawab satu atau dua ahli keluarga, biasanya yang paling berpengalaman di dapur atau mereka yang arif mengenai hidangan tradisional Raya. Cara memasak tradisional adakalanya menghilangkan minat orang muda untuk memasak, kerana ianya renyah ataupun mereka tidak yakin dengan kepakaran memasak diri sendiri.

Biarpun Hari Raya padat dengan tradisi dan ada banyak cara turun temurun untuk menyediakan hidangan, ramai orang muda, terutama generasi celik teknologi mencari cara lebih mudah untuk memasak. Memiliki alatan dapur inovatif untuk membantu dalam kerja memasak amat dialu-alukan, lalu menjadikan memasak lebih mudah dan kurang mencabar bagi yang baru hendak belajar.

Periuk Tekanan Philips All-in-One adalah ideal untuk generasi celik teknologi yang mahukan alat pelbagai fungsi yang mempunyai pelbagai cara memasak yang telah diprogramkan. Memasak jadi sangat menyeronokkan bila korang tidak perlu memikirkan tentang kemahiran di dapur. Dengan teknologi periuk ini, masakan dipercepatkan sehingga lapan kali ganda, menjimatkan lebih masa untuk orang yang tersayang daripada perlu menghabiskan masa di dapur.


Masak dengan berbeza Raya ini menggunakan satu perkakas


Dengan hanya satu alat, korang boleh memasak perlahan atau menggunakan tekanan, memastikan nutrien dan zat dalam masakan kekal utuh. Cara memasak ini ideal buat sajian Hari Raya seperti rendang daging, gulai kambing, atau kari. Kegemaran ramai musim keraian seperti ketupat yang sesuai dengan hidangan berkuah juga boleh dimasak menggunakan Periuk Tekanan All-in-One, juga hidangan nasi seperti briyani, atau nasi putih.


Dengan Periuk Tekanan All-in-One yang serba boleh, korang juga boleh menggoreng cepat, melayur dan membakar, selain memasak secara tekanan atau perlahan. Manisan Raya kegemaran seperti kek gula hangus dan dodol boleh dibuat dengan mudah menggunakan alat ini, menawarkan pelengkap hidangan yang manis selepas hidangan lauk savuri.


Bukan sekadar masakan


Selain mempunyai pelbagai tetapan memasak, periuk ini juga direka untuk memudahkan tugasan di dapur, membolehkan korang menyelesaikan tugasan lain sementara sajian sedang dimasak. Periuk dalaman buatan aloi aluminium mempunyai saduran Whitford emas yang anti calar dan tidak melekat, yang tahan lasak dan menawarkan aliran haba berkesan, membolehkan makanan dimasak dengan serata. 


Penjaga masa yang boleh diprogram mengikut resipi membolehkan korang meninggalkan dapur dan melakukan kerja lain, kerana korang tahu masakan akan siap tepat pada masanya. Oleh kerana penjaga masa dipadamkan secara automatik, pengatur tekanan dalam periuk kemudian akan melepaskan tekanan daripada periuk – jadi makanan sedia dihidang terus daripada periuk!.

Sama ada korang menyediakan hidangan sahur atau merancang untuk menganjurkan rumah terbuka Raya sepanjang hari, pasti mahukan makanan dihidang panas dan segar pada bila-bila masa. Dengan tetapan pemanasan semula dan menghangat pada periuk ini, korang boleh memastikan makanan kekal segar dan hangat dalam satu periuk tanpa perlu memanaskannya semula menggunakan peralatan dapur yang lain.


Bila tradisi bertemu teknologi - Philips #StandForTradition


Hari Raya ini, Philips mahu korang tetap meneruskan tradisi (#StandForTradition) dan menikmati sesi memasak hidangan tradisional menggiurkan dengan cara moden dan masih mengekalkan tradisi di kalangan generasi muda dan celik teknologi. Philips berbesar hati berkongsikan dua resipi Raya tradisional yang boleh disediakan menggunakan Periuk Tekanan Philips All-in-One iaitu Resipi Rendang Daging Tok dan Kek Gula Hangus



Korang nak dapatkan maklumat lanjut mengenai Periuk Tekanan Philips All-in-One dan cadangan resipi lain, layari www.philips.com.my.


Harg Pressure Cooker Philips


Periuk Tekanan Philips All-in-One (HD2137/62) dijual pada harga runcit disarankan iaitu RM799.00 di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan The Gardens Mid Valley, kedua-duanya di Kuala Lumpur, dan di Sutera Mall, Johor Bahru; di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya; dengan rakan runcit dan kedai pengedar di seluruh negara dan secara dalam talian menerusi Kedai Online Philips di https://www.shop.philips.com.my.









Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 Maaf Zahir Batin Dari Mahamahu

$
0
0
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin ditujukan kepada semua pembaca setia dan juga rakan-rakan blog makan Mahamahu ni. Moga terus gembira dan bahagia dihari mulia.



Pakaian lelaki : Jakel& Butik Haqqi
Pakaian wanita : Koleksi Sendiri



Jom Menang Jersi Autograf Bintang Bola Sepak Dunia Daripada Yoodo

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekiranya impian korang adalah untuk memiliki jersi yang ditandatangani oleh bintang bola sepak dunia, inilah tahun yang bertuah untuk korang! Sempena meraikan kemeriahan pertandingan bola sepak terulung di dunia, Yoodo, syarikat telekomunikasi mudah alih digital yang terbaru di Malaysia, menyediakan enam helai jersi bola sepak yang siap ditandatangani khas oleh Messi, Neymar dan Hazard.


“Sebagai sebuah jenama tempatan, kami turut berkongsi semangat bola sepak dengan seluruh rakyat Malaysia dan merasakan bahawa hadiah ini adalah paling sesuai untuk pelanggan Yoodo. Para pelanggan Yoodo juga akan terus menikmati pelbagai kempen menarik dalam masa terdekat,” jelas Farid Yunus daripada Yoodo. Perkhidmatan mudah alih digital khusus yang pertama di Malaysia ini telah dilancarkan pada awal tahun yang memberikan para pelanggan pilihan dan kawalan terhadap pelan mudah alih mereka. Ini juga bermakna dengan hanya menggunakan aplikasi mudah alih  Yoodo, mereka dapat mengubah pelan pada bila-bila masa dan mengawal apa yang mereka mahukan sepenuhnya.


Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Yoodo Bola’, jersi-jersi dengan tandatangan eksklusif tersebut boleh dimenangi menerusi peraduan yang berlangsung sekarang sehingga 29 Jun. Para peminat tidak perlu melakukan sepakan melengkung ke arah gol untuk menang tetapi mereka hanya perlu log masuk ke laman sesawang yoodo di www.yoodo.com.my dan berkongsi ramalan juara kejohanan mereka di laman sosial media yang tersedia.


Peraduan ini eksklusif untuk pelanggan Yoodo, jadi warga Malaysia disaran untuk menyertai Yoodo secepat mungkin untuk berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan. Selain daripada itu, jika warga Malaysia mengaktifkan pelan Yoodo pertama mereka sekarang, mereka turut boleh menikmati kredit PERCUMA bernilai RM20 yang membolehkan mereka membeli 20GB secara PERCUMA! Dengan data sebanyak ini, para peminat bola sepak pasti tidak akan terlepas  aksi-aksi hebat pasukan kegemaran mereka dengan menonton dari mana-mana sahaja mereka berada.

Maklumat lanjut sila layari :-
Yoodo Bola: https://www.yoodo.com.my/wc2018
Promo 20GB Percuma: https://www.yoodo.com.my/free-20






Resipi Kuih Lapis Lebih Sedap Dan Wangi Dengan Produk Susu POKKA Cubalah

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tahu kat sini dah ramai orang pandai buat resipi Kuih Lapis yang memang menjadi makanan tradisi ketika rumah terbuka. Kuih paling cepat dan sedap, tapi korang tahu tak rahsia untuk jadikan kuih tu dua kali ganda lebih sedap dan wangi.


Mai Maha tunjuk caranya ia tidak mengubah resipi asal kuih ini tapi ia menambah kesedapan kepada Kuih Lapis ini. Maha hanya tambahkan produk baru daripada POKKA iaitu Susu dan Tembikai juga Susu dan Pisang. Dua produk minuman ini ada rasa dan bau yang harum kalau kita tambah dalam masakan.


Produk POKKA ini dijamin Halal dan juga rendah lemak serta ia menggunakan susu sebenar dan juga jus buah yang sebenar. Kalau kat pasaran boleh dapat dalam kotak 1litter dan juga kotak kecil 250ml. Maha suka dua perisa ini dan juga ada satu lagi iaitu POKKA Susu dan Mango juga sedap.


Jom kita tengok bahan-bahan untuk resipi yang Maha diberi nama Kuih POKKA Lapisan Kasih a.k.a Kuih Lapis ni hehehehe.

2 cawan Tepung Beras
1/2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Tepung Jagung
1 cawan Santan Pekat
1 cawan Pokka Susu Tembikai
1 cawan Pokka Susu Pisang
1 cawan Gula
1 penutup Pewarna Kuning & Hijau
1 sudu kecil garam

Tak banyak kan dan cara nak buat pun tak susah korang boleh tonton video kat bawah ni sampai habis cara nak buatnya ok.


Senang kan cuma yang leceh sikit nak tunggu untuk mengukukus kuih ini sebab kita kena buat lapis demi lapis. Tapi hasilnya sangat memberansangkan bau wangi sangat sebab dapat bau Pisang dan juga Tembikai. 

Sertai POKKA Rasa Raya Contest


Sebenarnya Maha buat resipi ini dan beli produk POKKA ni nak sertai peraduan sempena dengan Hari Raya yang dianjurkan oleh mereka. Korang masih sempat nak sertai kerana peraduan ini akan berakhir pada 30 Jun 2018 ini.


Cara-cara penyertaan :-


1) Beli produk pelbagai produk POKKA Susu bernilai RM10 dalam satu resit tunggal.
2) Buat resipi menggunakan produk pelbagai susu POKKA. Ambil foto / video langkah-langkah resipi.
3) Hantar foto / video dan gambar resit korang ke Facebook POKKAmelalui FB Messenger.

Hadiah yang ditawarkan adalah:-


1) PRIZE GRAND: Pakej katering rumah terbuka bernilai RM10,000
2) PRIZE CONSOLATION x 3: RM200 tunai + POKKA hamper + bekalan minuman POKKA 1 bulan
3)HARIAN MINGGU x 20: baucer membeli-belah bernilai RM100 + bekalan minuman POKKA selama 1 bulan.


Jadi tunggu apa lagi korang kena sertai sekarang juga masih sempat Maha dah buat ni korang boleh juga cuba resipi yang mudah-mudah jer. Mana tahu rezeki korangkan kita tak tahu. Selamat mencuba semua.








Nicsmann 1940s by Lewré Kini Di Puncak Sky Avenue Genting Highland

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa yang rancang untuk menaiki puncak Genting Highland bulan depan korang boleh datang cuba restoran yang bakal dibuka tak lama lagi. Nicsmann 1940s by Lewré adalah restoran dan lounge berkonsepkan Fine Casual Dining.


Tapi dengar cerita restoran Nicsmann 1940s by Lewréini akan ada dua tingkat yang unik. Dimana bahagian bawah menyediakan hidangan sarapan pagi dengan suasana sejuk dingin bersama lubang api untuk memanaskan diri. Macam kat luar negara lah. Manakala tingkat atas pula Nicsmann Rooftop direka sebagai bar hiburan dengan dart machines, pool tables dan banyak lagi, menyedia pemandangan panoramik di balkoni terbuka.

Maha tak dapat gambaran lagi sebab restoran Nicsmann 1940s by Lewré ini macam mana rupanya kerana masih dalam renovation dan dijangka akan dibukan awal bulan depan. Di sini menyajikan hidangan terbaik dari masakan Barat & Asia yang istimewa seperti Parmigiano Reggiano Cheese Wheel Pasta, Squid Ink Pasta dan banyak lagi semua sedap-sedap katanya.

Selain daripada menghidangkan makanan mereka juga menyajikan live performances, phenomenal parties, events dan macam-macam lagi. Kalau korang pernah pergi cawangan mereka yang terletak di TREC Kuala Lumpur dan Starling Mall Damansara mesti dah biasa dengan segala yang menarik di restoran Nicsmann 1940s by Lewré ini. 


Kalau korang ada merancang untuk percutian ke City of Entertainment. Jangan lupa merasakan hidangan dan hiburkan hanya di Nicsmann 1940s by Lewré di Sky Avenue level berapa tak pasti lagi. Korang nak info lanjut tentang restoran ini dan juga sedikit sebanyak tentang banyangan mereka boleh ker laman sosial mereka. Maha pun ada plan untuk ke sana kalau berkesempatan.

Tempahan dan pertanyaan layari :-






7 Kesilapan Biasa Semasa Pengubahsuaian Bilik Mandi Di Rumah Anda

$
0
0
Pengubahsuaian bilik mandi sentiasa berada paling utama dalam senarai pengubahsuaian rumah. Bilik mandi adalah bilik paling utama. Sebelum anda berbelanja pada semua keperluan yang mewah, anda perlu memastikan bilik mandi anda mengekalkan fungsi utamanya. Sama ada rumah yang anda sedang dibina Johor land for sale, atau pengubahsuaian bilik mandi dalam rumah lama yang anda baru perolehi. Lebih baik untuk buat perancangan teliti terlebih dahulu. Teruskan membaca 7 kesilapan pengubahsuaian bilik mandi yang paling biasa dilakukan dalam rumah. 


Tiada Perancangan Elektrik


Salah satu kesilapan terbesar ketika merancang atau mengubahsuai bilik mandi ialah tiada perancangan komponen elektrik. Perancangan elektrik sepatutnya dilakukan sangat awal dalam proses ini. Ini memberi anda keupayaan untuk kerja dalam semua perkara yang anda suka dalam proses pengubahsuaian bilik mandi anda. Contohnya, jika anda menggunakan pisau cukur, idea yang bagus untuk letakkan cermin. Begitu juga dengan cermin solek yang dipasang di dinding. Selain itu, ia juga merupakan idea yang baik untuk mempunyai laci tersembunyi kerana ini boleh digunakan untuk simpan alat pengering rambut dan alat lain yang dapat diasingkan dengan cepat dan kemas tanpa perlu mencabutnya. 

Memilih Jubin Yang Licin


Kadang-kadang, kita terjebak dalam rupa lantai yang cantik dan bukannya fungsi utamanya. Ramai pemilik rumah akhirnya menumpukan perhatian kepada corak jubin lantai dan akhirnya memilih jubin hiasan yang cantik dan not made for getting wet. Ini adalah punca untuk kemalangan yang hanya menunggu masa untuk berlaku, kerana ia membuat lantai sangat licin. Sekiranya anda telah membuat kesilapan ini, ia boleh diperbetulkan dengan floor slip-resistant. Ini boleh dilakukan melalui beberapa cara oleh mereka yang profesional. Jika anda belum melakukan kesilapan ini, pastikan jubin atau lantai yang anda pilih sesuai untuk bilik mandi. 

Tidak Utamakan Faktor Kelembapan


Sesetengah elemen reka bentuk bertujuan untuk bertahan lebih baik di tempat kering. Bilik mandi, sebaliknya, ia adalah ruang di rumah yang paling banyak digunakan setiap hari. Satu minit ia lembap dan panas, minit berikutnya ia mungkin menjadi seperti sebuah lorong atau bilik. Kelembapan yang terbentuk selepas mandi mempunyai kesan halus dan substantial effects pada perkakasan di dalamnya. Contohnya kertas dinding yang cantik, anda perlu ingat bahawa kertas dinding perlu dibuat untuk menahan kelembapan di bilik mandi. Pilihan cat yang anda pilih juga harus menjadi pilihan mesra bilik mandi yang menentang kelembabpan. Oleh itu, sebelum membuat pilihan reka bentuk apabila anda mengubah suai bilik mandi pertimbangkan sama ada bilik mandi anda sesuai dengan kelembapan.


Tidak Mempunyai Bilik Mandi Kedua


Projek pengubahsuaian bilik mandi adalah tidak hanya mengganggu struktur rumah tetapi juga kehidupan harian anda. Pada satu ketika semasa proses pengubahsuaian bilik mandi anda mungkin mendapati bahawa bekalan air perlu ditutup. Berapa lama masa diperlukan untuk menutup air bergantung pada proses kerja dan skala projek tersebut. Anda mungkin mendapati bahawa anda perlu mempunyai pelan cadangan jika bekalan air ditutup untuk beberap hari, jika tidak anda tidak mempunyai tempat untuk mandi atau tandas. Ini mungkin masa yang baik untuk merancang percutian semasa projek bilik mandi anda sedang dijalankan. Jika anda tinggal di rumah semasa projek pengubahsuaian ini, anda mungkin mendapati diri anda memerlukan bilik air kedua untuk mandi dan segala aktiviti berkaitan. 

Pembaziran Air


Air adalah sumber yang sangat berharga. Dunia dan masyarakat kita sangat memerlukan air. Ia pada mulanya adalah komoditi yang paling berharga di bumi. Oleh itu, anda perlu berfikir tentang pembaziran air apabila anda membina semula bilik mandi. Selalunya berlaku pembaziran air terutamanya di bilik mandi dan tab mandi. Walau bagaimanapun, terdapat banyak cara untuk mengelakkan pembaziran dan save water tanpa perlu mengurangkan rutin harian anda di dalam bilik mandi. Sekiranya anda mempunyai perkakasan dan kelengkapan yang sudah lama yang tidak elok, pertimbangkan untuk menggantikannya. Juga lihat pada singki atau paip yang bocor. Pertimbangkan untuk menggantikan pancuran anda dengan jenis jimat air dengan ada label WaterSense atau memasang tangki tandas lebih kecil. Butiran kecil ini mungkin mengurangkan bil air anda daripada yang anda fikirkan. 

Pengudaraan Yang Lemah


Bilik mandi anda adalah salah satu bilik yang paling lembap di dalam rumah. Ini menjadikan tempat pembiakan bakteria dan kulat jika anda tidak berhati-hati tentang ventilation. Ini sepatutnya menjadi sesuatu yang anda pertimbangkan semasa membaiki semula bilik mandi anda. Jika anda mendapati bahawa bilik mandi anda ada tumbuh kulat di mana-mana di sekeliling jubin disebabkan oleh kelembapan, anda harus melakukan pembetulan dalam kerja renovation anda. Sebagai contoh, memasang extractor fan yang baik. Ini sangat penting jika bilik mandi berada dalaman rumah tanpa tingkap. Dalam kes ini, anda boleh memasang kipas ekzos dalaman yang mengepam semua kelembapan keluar.  

Memilih Kelengkapan Yang Tidak Sesuai


Pastikan kelengkapan yang anda pilih untuk pengubahsuaian bilik mandi impian anda sebenarnya sesuai dengan bilik mandi anda! Anda mungkin bermimpi untuk memulakan hari anda dengan pancuran mandian hujan yang santai dan massage jets. Tetapi sebelum anda mengaluarkan simpanan anda, anda perlu memastikan sistem air di rumah dapat mengendalikan peralatan seperti power shower. Anda perlu memberitahu dengan pakar atau tukang paip untuk menyelesaikan masalah air yang slow. Bersedia menaik taraf tangki air anda, atau memasang pam tekanan air jika diperlukan.






Mandi Buih Khas Untuk Jejaka Macho DASHING 2 in 1 Muka Dan Badan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar lelaki sentiasa berikhtiar  untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat kehidupan sepenuh termasuk dalam rutin penjagaan harian. Melalui pelbagai  produk mandian di pasaran, pilihan  semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang  direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus!


Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul  dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian ini memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.

Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.


Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu,  buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia dalam pek pam bersaiz 700gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari  muka hingga ke tapak kaki agar korang kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi iaitu Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki. 


COOL
Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

ACTIVE
Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

ULTIMATE KICK
Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK
Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber.


Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan korang tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan korang pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700ml.






Flavors of Berjaya Air Tangan Dari 17 Chef Terbaik Seluruh Dunia

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Berita baik buat semua mereka yang minat nak belajar memasak atau mencari resipi masakan barat dan Asia yang terbaik dari Berjaya Hotel & Resorts (BHR). Kini BHR dengan sukacitanya mengumumkan bahawa buku masakan pertamanya yang berjudul 'Flavors of Berjaya' boleh didapati di kedai buku utama di seluruh negara. 


Baru-baru ini dalam acara pelancaran rasmi buku ini yang dilakukan di BORDERS Malaysia bertempat di outlet The Gardens Mall, BHR telah mengumumkan BORDERS Malaysia sebagai kedai buku rasmi kompilasi resipi hebat oleh barisan chef yang hebat. Mengumpulkan 17 orang chef dari 14 cawangan BHR seluruh Malaysia dan luar negara yang telah menyumbangkan resipi utama mereka untuk dipaparkan dalam buku masakan penuh warna ini. Selain daripada berkongsi resipi rahsia mereka, para chef ini juga berkongsi beberapa teknik memasak yang telah diuji dan disempurnakan dari pengalaman mereka dalam menyediakan makanan tempatan dan masakan antarabangsa untuk lebih dari satu juta tetamu BHR setiap tahun.


Buku ini juga merupakan sumber kaedah memasak dengan asas yang terbaik. Dari belajar bagaimana membuat pembuka selera mudah untuk maklumat berguna seperti nilai pemakanan, ini adalah salah satu buku masak yang mesti dimiliki oleh peminat makanan. Hidangan utama seperti Daging Masak Hitam, Ayam Masak Ros dan Gulai Tumis cukup memuaskan. Buku ini mengandungi 152 halaman yang menarik dan penuh warna-warni.


'Flavors of Berjaya' boleh dibeli dengan harga RM45.00 dan kini boleh didapati di 14 cawangan BHR  seluruh Malaysia dan di luar negara. Ini termasuk: Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, ANSA Kuala Lumpur, Berjaya Penang Hotel, Berjaya Waterfront Hotel, Berjaya Langkawi Resort, Berjaya Tioman Resort, The Taaras Beach & Spa Resort, Berjaya Beau Vallon Bay Resort & Casino, Berjaya Praslin Resort, Berjaya Eden Park London Hotel dan The Castleton Hotel. Korang yang berminat atau pengumpul buku masak macam ni boleh pergi ke Front Office hotel untuk membelinya.



Di samping itu juga buku ini boleh didapati di BORDERS IOI Mall, Queensbay Mall, Bangsar Village 2, The Curve, The Gardens Mall, Mesa Mall dan PHKL. Kedai buku utama lain seperti Kinokuniya dan MPH Bookstores di seluruh negara juga ada buku ni. Sebagai alternatif, pembaca yang berminat boleh membeli buku masakan dalam talian di laman web mphonline.com.







Orang Ketiga Hanya RM22 Nett Untuk Seafood Sensation Di Renaissance Kuala Lumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Khas untuk mereka yang memang kaki makanan laut ini adalah rezeki korang. Makan bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan di TEMPTationS Renaissance KL untuk bufet makan malam yang menyeronokkan sambil menikmati makanan laut utama yang enak. Promosi untuk bufet makan malam ini hanya pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu dengan harga RM111 nett setiap orang dan separuh harga untuk kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun.



Makan malam dengan konsep 'Seafood Sensation' korang dapat bersenang-senang dalam pemilihan makanan laut yang sejuk seperti Chilean Black Mussels, Fresh Tiger Prawn, Slipper Lobster, Clams, half-shelled Scallop, Bamboo Clams dan freshly shucked Oysters yang baru dibuka dan dinikmati dengan cuka bawang merah, sos koktail, blemon, tabasco horseradish dan sos sriracha.






Selain itu juga korang kena cuba bahagian Live Action Station disediakan oleh Chef Exclutive Supi Mansor dan pasukannya melengkapkan pelbagai hidangan makanan laut yang lazat yang disediakan secara berputar. Di antaranya ialah Florentine, Bake Dory with Bechamel sauce, Mozzarella Cheese dan Caper-butter Sauce, Butter Prawn, Steamed Barramundi in light soya sauce, baked whole salmon dalam kerak garam batu dengan saus lemon-butter, kari kepala ikan dan banyak lagi.




Selain daripada makanan laut utama, pengunjung boleh menikmati sajian istimewa masakan yang menjangkau dari Timur ke Barat. Nikmati keseronokan sajian Jepun seperti sushi dan sashimi, Chinese hot-off-the wok stir-fry dan pelbagai pasta dengan sos Itali tradisional untuk mempelbagaikan lagi makan malam korang.





Ingat untuk makanan penutup mempunyai pelbagai pencuci mulut dari kek berwarna-warni dan lazat, puding, aikrim dengan bumbu dan roti kegemaran dan puding mentega sepanjang masa dengan sos vanila.





Mesti korang tanya mana harga yang hargra RM22 nett tu kan. Renaissance Kuala Lumpur bulan ini meraikan ulang tahun mereka ke 22 mereka di Malaysia. Jadi dengan setiap pembelian baucer makan malam untuk dua orang dan orang ketiga akan dapat harga RM22 nett sahaja. Promos ini sah hingga 18 Julai 2018 sahaja tau jadi booking sekarang juga. 

Promosi lain yang sedang berlangsung di Renaissance Kuala Lumpur sehingga 31 Julai 2018
1) Dim Sum Bonanza - RM36.80 nett
2) Signature Peking Duck - RM96.00 nett
3) Hot Pot To Share - RM65.00 nett
4) Kid's Extravaganza - Kanak-kanak bawah 12tahun percuma

Sebarang tempahan dan pertanyaan tentang promosi boleh hubungi :-
Tel : 03-2771 6692
Email : rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com







Hanya 30 Minit Sahaja Masak Lemang Dengan Cara Ini Jimat Dan Selamat

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu tempoh untuk memasak masakan tradisional Melayu kita ni akan ambil masa lebih dari 3 ker 4 jam betul tak. Terutama yang perlukan penyediaan yang sangat teliti dan juga nak menjaga semasa waktu memasak. Kadang-kadang perkara ini yang buat kita rasa sangat malas dan tewas sebelum memasak.


Kini PHILIPS nak memudahkan kerja memasak terutama hidangan Hari Raya korang dengan menggunakan produk terkini mereka. Percaya atau tidak sebenarnya dengan Philips All-In-One-Cooker kita boleh masak Lemang. Maha mula-mula tak percaya tapi bila dah pergi kelas memasak yang disediakan oleh Chef Marina Mustafa baru-baru ini dapat tahu yang boleh masak Lemang dengan cepat dan sedap. Maha kongsikan resipi kat sini mana tahu korang nak buat tapi tak ada video sebab tak buat open house tahun ni hehehehe.




Resipi Lemang dengan Philips All-In-One-Cooker


Bahan-bahan utama:-
2 cawan Beras Pulut - Dibasuh & ditoskan air
2 cawan Santan
1/4 cawan Air
1 sudu kecil Garam
2 helai Daun Pandan
Daun Pisang dan Lidi untuk bungkus

Cara-cara memasak:-
1) Buka tudung PHILIPS All-In-One-Cooker 
2) Tekan 'SEAR HIGH HEAT' dan tekan 'START'
3) Masukkan daun pisang kedalam periuk supaya daun dapat dilayukan.
4) Keluarkan daun pisang yang sudah dilayukan untuk menggulung lemang kemudian.
5) Masukkan pula beras pulut kedalam periuk PHILIPS All-In-One-Cooker
6) Masukan juga garam, santan, air dan daun pandan kedalam berasa tadi dan gaul sebati
7) Tutupkan tudung periuk
8) Pusing knob di atas tudung periuk ke arah 'SEAL'
9) Apabila pulut sudah masak, lepaskan pressure dan buka tudung periuk
10) Sendukkan 4 sudu besar pulut ke atas daun pisang dan tekannya membujur dan mampatkan 
11) Kelimkan tepi daun pisang dengan lidi 
12) Tekan SEAR HIGH TEMP dan START pada periuk
13) Masukkan Lemang yang dibungkus tadi dalam periuk 
14) Pusing-pusingkan Lemang supaya dibakar kesemua bahagian luaran lemang
15) Apabila sudah dibakar, keluarkan dari periuk dan sejukkan seketika sebelum dipotong



Mudah giler bukan nak buat Lemang menggunakan PHILIPS All-In-One-Cooker ini. Masa yang diambil pun tak lama hanya 30 minit sahaja. Kita tidak perlu tunggu depan periuk masa memasak hanya tinggal jer sampai siap masak. Rasa masakan pun lebih kurang sama jer dengan Lemang asli dan lebih jimat duit. Sapa-sapa nak buat open house sangat digalakkan ada periuk ajaib ini. Selain daripada Lemang banyak lagi juadah rumah terbuka yang korang boleh buat seperti Rendang Tok dan KekGula Hangus.



Kemudian dengan produk lain seperti Philips Air Fryer dan pengisar Philips Duravita korang juga boleh membuat menu seperti Kuih Bakar dan Otak-otak. Semua ni chef yang ajar dalam kelas hari tu rugi korang tak pergi. Jadi kalau sapa nak resipi lain dan cara memasaknya nanti DM Maha atau ke laman Facebook Philips Home Living. Oleh itu, setiap rumah wajib ada 3 barang ajaib dari PHILIPS ini sangat mudah dan dapur tak bersepah. Selamat mencuba semua ok.






Di Balik Tabir Rakaman Program Memasak Bersama Selebriti Chef Nik Michael

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Susah nak dapat pengalaman memasak terutama bersama dengan seorang selebriti chef. Alhamdulillah Maha baru-baru ini dapat jemputan untuk shooting sebuah program memasak yang akan ditayangkan di RTM. Tapi tarikh tayangan tak tahu bila cuma yang tahu akan ditayangkan raya tahun depan, kena tunggu setahun lagi lah nampaknya.


Apa pun pengalaman memasak dalam program tv macam ni sangat bermakna buat Maha. Almaklumlah Maha ni bukan blog resipi lebih kepada review tempat makan. Cuma kalau memasak ni hanya untuk makan sendiri jer kat rumah boleh lah. Itu pun banyak belajar dari emak tercinta dan sikit-sikit dari Youtube hehehe.


Bila dapat jemputan menjadi salah seorang yang akan masak bersama dengan celebriti chef yang cukup terkenal iaitu Chef Nik Michael Imran ini sangat bermakna. Rupanya chef ni seorang yang memang tak kedekut ilmu dalam dunia masakan. Chef Nik ni bukan sahaja expert dalam masakan barat tapi juga masakan pastri. 


Shooting hari tu rasa begitu kejap sangat berlalu walaupun penat dari pagi sampai tenghari, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan seperti yang dirancangkan. Chef ada sediakan satu juadah pastri dan Maha pula kena masak juadah special untuk hidangan hari raya. Maha tunjuk gambar jer tapi nak tahu resipi penuh korang kena tonton rancangan ini tahun depan tau.



Kat sini Maha nak ucapkan jutaan terima kasih kepada YG Films Malaysia dan crew kerana memberi peluang yang sangat berharga dan bermakna ini untuk diri yang tiada apa istimewa ini. Juga terima kasih kepada pemilik rumah Kak Niza dan Kak Zue yang sudi pinjamkan rumah untuk shooting. Rumah sangat besar dan cantik yer.


Tak sabar rasa nak tengok hasil rakaman yang dijalankan hari tu. Moga korang jangan kritik sebab Maha tak berapa pandai bermain dengan kamera. Kalau ada sapa lagi nak jemput untuk shooting memasak ke boleh lah panggil kita cuba hehehe. Terima kasih semua yang terus memberi semangat kepada Maha dalam dunia blog ini.









Resipi Masak Lemak Sepat Masin Dan Nanas Yang Mengancam

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari ni Maha nak cuba pula masak satu lagi masakan tradisi kita yang mengancam ketika duit tengah sengket ini. Resipi Masak Lemak Sepat Masin dan Nanas memang menjadi kegilaan masa kat kampung dulu. Sekarang duduk bandar nak cari masakan ni kat restoran yang betul-betul sedap agak sukar.


Apa kata kita cuba buat sendiri jer mana tahu lepas ni boleh buat lagi masak saat gaji lambat lagi macam sekarang ni hehehe. Masak kat rumah ni memang menjimatkan terutama kepada keluarga yang besar dan ramai. Bujang pun boleh masak apa masak untuk makan tengah hari boleh simpan lagi dan panaskan untuk makan malam jadi dah jimat kat situ. 


Jom kita lihat bahan-bahan untuk membuat resipi ini :-

1 biji Bawang Besar
3 biji Bawang Putih
6 biji Cili Padi
1 inchi Kunyit Hidup
1/2 biji Nanas
3 ekor Ikan Sepat Masin
150 gram Santan Pekat
300 ml air kosong
2 keping Asam Keping
1 batang Serai
Ajinomoto dan Garam secukup rasa


Kalau korang rasa tak nak isi ajinomoto pun boleh tak ada masalah ini sahaja nak bagi perasa lebih. Kalau korang nak guna ikan masin lain pun boleh seperti Ikan Masin Kurau pun sedap juga. Jom kita tonton lak video bagaimana nak sediakan resipi ini. Mudah jer boleh siap dalam masa lebih kurang 10 minit.


Jadi rasa korang boleh cuba juga untuk masak resipi ini. Maha hanya cuba sendiri sahaja belajar dari sebuah buku 100 Menu Popular Orang Malaysia. Korang yang ada resipi menarik dan juga hebat apa kata share ngan Maha mana tahu nanti boleh kita berkongsi kat dalam blog ni. Maha boleh feature resipi korang sekalikan. Selamat mencuba semua.







Cara Orang KL Menikmati Makanan Yang Sedap Dengan Cara Mudah Dan Cepat - Harimau

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu sibuk nak keluar cari makan atau nak pergi beli makanan kadang-kadang menjadi batasan kepada ramai pekerja di kotaraya. Maha sendiri pun menghadapi kesukaran itu dan selalu skip untuk makan tengah hari atau makan malam. 


Paling mudah dengan order makanan melalui online sebab sekarang ni ada banyak perkhidmatan menyediakan makanan dari rumah terus kepada kita. Maha ada cuba satu service ni kalau dengar nama agak macam takut tapi bila dah cuba baru tahu. Apa yang Maha maksudkan adalah service Harimau. Kalau korang nak tahu boleh layari laman web mereka www.harimaumeals.com


Kalau korang masauk tak banyak pun pilihan makanan yang ada kat sini kerana mereka lebih fokus kepada penyediaan makanan yang sihat dan berkualiti. Hari semalam Maha ada order 3 menu yang Maha rasa macam sedap untuk makan tengah hari kat pejabat. 

Char Siew Sesame Chicken with Brown Rice (RM20.00)



Menu ni seakan-akan masakan Nasi Ayam ia menggunakan sos char siew disalut pada bahagian paha ayam tanpa tulang. Cuma mungkin boleh tambahan kepedasan daripada cili atau sambal kerana tahu jer lah orang Malayu ni setiap kali nak makan mesti kena ada pedas-pedas sikit kan baru tambah selera.

Sweet & Sour Chicken Meatball with White Rice (RM19.00)



Menu kedua ini pula Maha pilih nasi putih Thai untuk gandingkan dengan chicken meatball. Rasa meatball yang disalut dengan sos masam manis bersama dengan hirisan nanas, timun dan bawang sangat kenalah cuma manis sedikit.

Classic Lamb Stew with Penne (RM24.00)



Menu ketiga ini pula gandingan dengan Penne sesuai buat korang yang suka makan kambing. Kalau makan memang tiada rasa hanyir daging kambing dan daging sangat lembut. Ia juga datang bersama dengan sedikit sayuran dan saiz Penne tu sangat besar dan boleh buat korang kekenyangan. 


Bagi Maha selepas order semua menu ini keseluruhan boleh dimakan dan memang kenyang untuk hidangan satu orang. Ini kerana saiz yang besar dan kuantiti bahan yang banyak. Harga yang tertera tu adalah harga termasuk penghantaran dan kutleri. Korang boleh order walaupun satu menu sahaja kerana mereka tiada minimum order dan penghantar akan tetap hantar sampai depan pintu.


Pejabat Maha ni pun susah juga nak cari tempat makan yang dekat dan nak order untuk kuantiti yang banyak. Jadi kalau nak buat mesyuarat atau majlis kat pejabat senang order dengan mereka secara pukal dan akan terus hantar depan pintu pejabat mudah dan lebih murah. Sekarang ni kalau korang order untuk pertama kali dengan gunakan kod "HARIMAHAMAHU" korang boleh dapat lagi diskaun RM9. Jadilah rakyat Malaysia yang bijak berbelanja. Selamat mencuba semua ok.








Jelajah Australia Melalui Makan Malam BBQ Buffet Di The Federal International Hotels Kuala Lumpur

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa pernah pergi negara Australia sila angkat tangan. Maha sendiri secara peribadi tidak pernah sampai ke sana dan memang ada rasa teringin nak berjalan dan bercuti ker sana. Tapi masih tak kesampaian hehehe. Tak apalah tak dapat pergi becuti ke Australia dapat menikmati makanan Australia pun dah ok.



Sempena dengan Discover Australia - A Taste of Australia yang diadakan di Kontiki Restaurant The Federal International Hotels Kuala Lumpur (FIH)  bermula 13-29 Julai 2018 seluruh rakyat Malaysia boleh nikmati juadah istimewa daripada negara tersebut. Kali ini kerjasama antara Grace Hotel Sydney, Suruhanjaya Tinggi Australia, AUSTRADE, Tourism Australia dan MLA Meat & Livestock Australia serta Citibank. 


Sebab tak dapat pergi sana Maha pergi makan kat sini jer untuk nikmati sendiri makanan yang disediakan oleh dua orang Chef yang diterbangkan khas untuk menyediakan makan malam ini iaitu Chef Darren Ho dan juga Chef Tang Hou Chin. Jadi memang korang yang nikmati makan malam kat sini dapat nikmati semua hidangan yang dimasak dengan cara sebenar dari negara tersebut.






Keutamaan kepada bufet makana malam kat sini adalah BBQ yang mempunyai pelbagai pilihan protein yang dimasak menggunakan rempah istimewa. Korang boleh cuba Rack of Lamb yang diasinkan dengan Rosemary & Bawang putih, Tulang Rusuk pendek dengan pernis BBQ smokey, Rump Steak dengan Bawang Devilled; Sosis Gourmet dengan Tomat & Jam Chilli. Ayam Kebab dengan Lemongrass, Halia & Bawang Putih dan Salmon Grill







Selain itu juga Australia begitu popular dengan makanan laut yang segar dan pelbagai jenis. Dibawakan kepada pecinta makanan di Malaysia dengan makanan laut seperti Oyster, Ketam, Udang, Udang Lipan, Kepah dan banyak lagi. Korang boleh makan dengan cara BBQ atau juga boleh dimakan menggunakan sos yang disediakan. Kebanyakan makanan laut ini dibawa dari New South Wales Australia iaitu bandar seperti Sydney dan Canberra.





Walaupun Maha tak pernah pergi tapi tahu jugalah sikit-sikit tempat menarik kat Autralia. Kalau masakan berasaskan BBQ pula populat di Western Australia seperti Perth. Masa korang datang tu korang boleh tengok sendiri chef menyediakan Crepe istimewa yang sangat lembut dan perlu makan bersama krim dan juga buah-buahan segar diatasnya. Sangat lembut dan sedap itu Maha paling suka tapi kena makan panas-panas baru syok.


Kemudian makanan lain seperti salad dan juga sayur segar juga turut banyak disediakan di sini seperti Idaho Potatoes with Sour Cream & Chives, BBQ Corn on the cob with maple syrup & parsley butter, bakul pelbagai roti termasuk Garlic Bread, Chunky chips with nori salt, Salad bar dengan coleslaw, roasted beetroot, English Spinach, feta & candied walnuts, garden salads, caprese salad dan salad kentang.






Pencuci mulut pula korang mesti tak lepas dengan Pavlova, Puding Caramel dan banyak lagi manisan yang enak dan menyelerakan. Kalau korang nak tahu harga untuk bufet makan malam istimewa ini hanya RM148.00 nett untuk dewasa, RM74.00 nett bagi warga emas dan RM55.00 nett untuk kanak-kanak. Kepada members Gracious Rewards & FHI Privilage Club pula akan dapat diskaun 30% lagi. Juga pemegang kad Citibank akan dapat 25% diskaun juga.





Bufet makana malam ini hanya ada pada hujung minggu sahaja tau iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Kalau hari lain korang akan dapat nikmati bufet biasa. Jadi hujung minggu ni korang boleh lah booking untuk bawa keluarga atau rakan-rakan cuba makanan Australia. Juga korang yang makan kat sini berpeluang untuk menang percutian 3 hari 2 malam dekat Grace Hotel Sydney serta hadiah-hadiah menarik yang lain. Jadi tunggu apa lagi cepat selagi promosi masih ada. 

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 603-2148 0468
Laman web : www.fhihotels.com

Harga :
RM148.00 nett untuk dewasa
RM74.00 nett bagi warga emas
RM55.00 nett untuk kanak-kanak







Jadikan Kerja Mengisar Lebih Seronok Di Rumah Bersama Keluarga Dan PHILIPS

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekarang ni cuaca panas tropika melanda Malaysia dan minuman sejuk sentiasa menjadi pilihan. Mahupun orang dewasa, kanak-anak biasa mendapatkan kelegaan apabila menikmati minuman sejuk bila cuaca panas terik. Walaupun biasanya mereka akan meminum air kordial sejuk atau jus yang dikilang, ada yang risau akan kandungan gula dalam minuman berkenaan, dengan pakar nutrisi menyarankan kanak-kanak mengurangkan pengambilan air manis seperti itu.


Bagi meraih keseimbangan lebih baik antara rasa sejuk yang menyegarkan dan nutrisi, smoothie beku lazat boleh menjadi pilihan yang tepat. Korang mungkin merasakan smoothie beku sukar disediakan di rumah, lepas ni korang pasti akan rasa gembira dengan pengisar semua-dalam-satu yang secara efisyen mengadun kesemua bahan dan menghancurkan ais dengan cepat untuk menghasilkan smoothie beku sempurna tanpa memakan masa lama, dan juga dapat mengawal sepenuhnya kesemua bahan yang digunakan.

Tugas menyiapkan makanan boleh dijadikan sesi menggembirakan bagi ibu bapa untuk membina ikatan dengan anak, selain mengajar mereka mengenai nutrisi dan melatih mereka supaya cekap di dapur – pastinya kemahiran hidup yang berguna. Tugasan dapur rutin seperti mengisar bahan boleh menjadi sesi menyeronokkan bila anda mempunyai alat hebat untuk digunakan. Dengan Pengisar Koleksi Viva Philips, anda boleh jadi kreatif dan berseronok bila membuat smoothie sihat dan menyegarkan. Balangnya yang berjenis Duravita Tritan amat tahan lasak dan kalis pecah membebaskan anda daripada sebarang kegusaran meskipun ketika anak sedang membantu. Tidak perlu takut jika perlu menggantikan balang pengisar dengan yang baru jika ianya terjatuh,” kata Encik Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Philips Malaysia. 

Memecah bahan keras dalam balang pengisar tahan lama


Pengisar Koleksi Viva Philips HR2157/91 diperhebatkan dengan bilah pisau yang menggunakan teknologi ProBlend 5, yang membolehkan ia menghancurkan ais 20% lebih cepat berbanding pengisar lain. Ini bermakna tiada lagi perlu menggunakan teknik memecah yang sukar seperti menukul atau mengetuk untuk memecahkan blok ais. Lebih baik lagi, pengisar ini hadir dengan balang Duravita Tritan, diperbuat daripada copolyester yang menambah kekuatan, versatiliti dan fleksibiliti pada balang itu. Dengan elemen tambahan ini, balang pengisar ini adalah kalis pecah dan takkan berbau atau ada kesan kotor, menjadikannya mudah dicuci dan tampak seperti baru setiap kali dibersihkan. Ia juga tahan tekanan dan halaju bila bahan padu seperti ais dan sayuran atau buahan jenis keras dikisar.


Dengan semua ciri-ciri ini, korang tidak perlu mengisar bahan lain berasingan daripada ais untuk membuat smoothie beku yang diidamkan. Melakukan kesemuanya dalam satu alat mempercepatkan tugasan dan membolehkan korang menikmati smoothie beku dengan lebih mudah dan cepat. Contohnya, hendak membuat Smoothie Beku menggunakan Buah Naga dan Buah Kedondong, hanya perlu mencampurkan buah itu dengan sedikit susu, yogurt dan madu sebagai perasa, kisarnya bersama-sama menggunakan Pengisar Koleksi Viva Philips HR2157/91. Kemudian, tambahkan ais yang akan dihancurkan dalam beberapa saat sahaja, dan smoothie beku siap sedia dihidang.


Mulakan kembara #PhilipsPerfectBlend dengan Philips dan ubahkan dapur menjadi “tempat permainan” bagi pembelajaran sementara untuk anak korang bergembira semasa menyediakan makanan dalam cara yang selamat, mudah dan menyeronokkan!

Harga Dipasaran



Pengisar Koleksi Viva Philips dengan balang Duravita Tritan (HR2157/91) boleh dibeli pada harga RM376 di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan Wangsa Walk Mall, kedua-duanya di Kuala Lumpur, dan di Sutera Mall, Johor Bahru; di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya; di kedai rakan runcit dan pengedar seluruh negara, dan dalam talian melalui Philips Online Shop di http://www.shop.philips.com.my.








Panas Terik Tak Menghalang Untuk Nikmati Makanan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Lokasi makan kali ini sebenarnya dah cukup tular dan mendapat perhatian ramai orang sejak ia mula diperkenalkan. Konsep makan sambil menikmati aliran air sungai semulajadi yang sejuk dan menyegarkan. Ini lah BBQ Lamb KL Kemensah yang terletak dilaluan belakang Zoo Negara.




Maha pertama kali dapat pergi makan kat sini memang sangat teruja kerana selalu nampak orang update jer tak pernah cuba. Mula-mula nak sampai ke kawasan ini memang akan lalui jalan yang sangat sempit dan kalau berselisih kereta kena berhati-hati. Tapi jiwa ini rasa tenang kerana dikelilingi hutan dan juga ketengangn hijau bumi Tuhan.



Sampai jer kat sana isu pertama adalah parking kalau korang sampai lewat dalam pukul 12 memang dah penuh jadi kena hati-hati nak parking takut terparking kawasan larangan dan mungkin akan diblock. Dalam jiwa ni dah bergelora sebab dah dengar deruan air sungai dan juga melihat kejernihan sungainya membuat rasa sangat teruja nak masuk dan makan.




Kat sini mereka buka setiap hari kecuali Isnin tutup dan hari biasa ia beroperasi dari pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam. Hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja akan buka 2 sesi iaitu pukul 12.00 tengahari hingga 4.00 petang dan sesi kedua pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam. Paling senang kat sini meraka sediakan set menu BBQ yang mengandungi pelbagai jenis daging yang dipanggang. Daging yang terdapat dalam set tu seperti daging lembu, daging ayam, daging itik dan juga daging kambing semua dipanggang panas.





Menu ni datang dengan 3 jenis sos yang sesuai dan menambah rasa kepada BBQ yang disediakan. Kemudian ada sup, coslow salad dan juga nasi berempah yang berwarna kuning. Satu set harga makanan RM140.00 untuk 4 orang makan. Jadi kalau korang datang ramai kena booking banyak set. Minuman pula mereka sediakan air Teh Lemon yang disediakan di ruang tepi sungai boleh tambah ikut suka. Meraka ada menu ala-carte tapi lambat nak tunggu, kalau makan malam sesuai lah sebab tak ramai orang.


Makan dalam sungai ini adalah satu pengalaman yang Maha tak dapat nak gambarkan memang menarik dan seronok. Jangan risau air sungai ni tak dalam pun tapi hati-hati banyak batu dalamnya. Cuma kalau korang dapat bahagian yang tiada bumbung dedaun akan disimbah kepanasan mentari tengahari, tapi kerana lapar punya pasal tak kisah berpeluh sambil makan. 


Ada beberapa tips yang Maha dapat waktu datang makan kat sini jadi kongsi dengan korang mana tahu ada yang pertama kali nak datang makan :-

1) Kalau datang ramai harap dapat kongsi kenderaan kerana kawasan parking yang terhad dan juga jalan yang agak sempit. 

2) Datang dengan pakaian yang sesuai kalau korang pakai kasut tumit tinggi atau juga kasut mahal lupakan lah. Paling sesuai pakai selipa sahaja atau crocs lagi mudah nak masuk sungai kalau tidak terpaksa berkaki ayam dalam tu dan agak banyak batu dalam sungai tu.

3) Korang kena booking awal untuk makan kat sini agar mudah dan tidak balik dengan kelaparan sebab terpaksa tunggu lama. Kalau nak makan dalam sungai pastikan juga korang booking kawasan yang lebih redup jangan pilih yang panas walaupun sungai tu sejuk tapi bahang matahari tengahari sangat terasa dan boleh berpeluh satu badan dibuatnya.

4) Dilarang untuk membuang tisu, sisa makanan atau sampah sarap dalam sungai kerana kita sama-sama kena jaga kebersihan sungai tu. Nanti orang lain nak makan kat situ jadi sama-sama kita menjaganya betul tak.



Bagi Maha pengalaman makan kat sini memang sangat menarik dan tiada kat tempat lain. Konsep makan dalam sungai ini satu yang perlu diperkenalkan kepada masyarakat luar sana. Bestnya hari tu Maha makan bukan sahaja dengan kawan blogger tapi juga dengan bintang popular sapa lagi kalau bukan Aiman Tino dan juga ayah dan maknya. Aiman Tino dah makan kat sini korang bila lagi. In Sha Allah kalau ada masa nanti Maha datang lagi makan kat sini memang menarik dan best.

Tempahan dan promosi layari :-
Tel : 012-211 4100




Makan Brunch Dim Sum Seperti Dalam Istana Cina Dengan Harga RM48 Sahaja

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Mana lokasi untuk makan Dim Sum yang murah tapi mewah. Itu selalu bermain difikiran korang bukan jadi kali ni Maha nak bawa koran kepada satu restoran makanan Cina yang sedap dan dalam suasana mewah seperti istana tapi harga sangat berpatutan. Ini lah dia Restoran Mandarin Palace yang terletak di tingkat 2 The Federal International Hotel Kuala Lumpur.



Sebelum ni Maha ada cerita tentang bufet masakan Australia yang banyak pilihan kat hotel ini kali ini pula kita cuna makan Dim Sum dan pelbagai jenis makanan cina. Restoran ini juga pernah diisenaraikan sebagai salah satu Restoran Paling Cantik di Malaysia dalam Majalah Flavors keluaran Mei-Jun 2007 Edisi Malaysia.



First masuk restoran ini memang rasa sepeti dalam istana Cina zaman duhulu kala yang mempunyai suasana maya yang sangat etnik dari hiasan ukiran kayu yang menarik seperti ukiran naga, burung phoenix, burung, bunga teratai, dewa-dewi dan karakter yang menggambarkan kisah dongeng dan legenda klasik yang kaya dari negara cina. Maha kagum juga masuk sini sangat luas dan selesa untuk makan kerana kemas.






Restoran Mandarin Palace menawarkan menu menarik dari masakan Kantonis ke Hunan dan masakan Szechuan sambil menerapkan kemesraan rakyat Malaysia. Paling best adalah koleksi Dim Sum kat sini semua panas-panas di kukus seperti Shrimp dumpling, Teochew dumpling, Xiao long bao, Shaomai dan banyak lagi pilihan. Ada inti kacang merah, ada inti ubi teratai, ada inti telur asin dan juga ada yang inti ayam sedap-sedap semua.









Tu baru pilihan Dim Sum dah  banyak kemudian ada juga bufet makanan berat seperti octopus, udang, ayam, kaki ayam pun ada, sayur kailan dan banyak lagi nama sebenar Maha tak berapa tahu. Kalau korang yang biasa makan masakan cina ni memang tahu semua hidangan yang ada kat sini. Kalau nak makan seperti chicken roasters dan juga itik roasters, serta sup rempah ratus cina pun ada kat sini semua rasa original masakan cina memang menarik.








Paling best harga untuk semua yang korang nak makan ini hanya RM48.00 nett untuk dewasa, manakala RM36.00 nett warga emas dan juga RM18.00 nett untuk kanak-kanak. Bufet ini hanya promosi untuk hari minggu iaitu Sabtu dan Ahad dari pukul 10.30pagi hingga 2.30petang. So  sapa yang nak cuba boleh datang sini Maha memang cadangkan sangat berbaloi dan murah.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 603-2148 9166
Email : fnb@federal.com.my






Pakej Perkahwinan Lengkap Homestay Dan Katering Terbaik Di Shah Alam

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu tempoh diambil untuk merancang hari bahagia korang akan ambil masa berapa lama setahun, enam bulan atau juga kurang lagi daripada itu. Almaklumlah semua nak kena fikir dari segi lokasi, makanan, pelamin, goodies bag dan banyak lagi. Itu yang buatkan sesetengah pengantin suka cari satu pakej yang lengkap dan segalanya ada.


Maha tak pernah lalui lagi rasa macam mana orang buat persiapan perkahwinan ini tapi sekarang segalanya dah mudah. Malah kalau kat KL ni selalunya nak buat kenduri nak fikir penginapan untuk sedara mara yang datang jauh. Maha bukan nak tunjuk hebat tapi kebetulan hari tu dapat jemputan ke majlis open house anjuran RNN CEM Sdn Bhd bersama Chef Yang Jamil tapi mereka juga turut memperkenalkan pakej-pakej yang mereka ada kepada tetamu yang datang. 

Wedding HomeStay Glenmarie Shah Alam


RNN CEM Sdn Bhd berkerjasama dengan satu pemilik homestay yang sangat luas dan sangat sesuai bagi pasangan yang mencari lokasi menganjurkan majlis perkahwinan termasuk sekali penginapan. Lokasi homestay ini terletak di Twenty 7 Temasya Glenmarie Shah Alam iaitu kawasan perumahan elite yang selesa untuk berkumpul sanak saudara dan beramah mesra tanpa fikir tentang segala kerja-kerja berat biar mereka yang uruskan untuk korang.





Apa yang mereka tawarkan kat sini adalah segalanya dalam satu tempat iaitu lokasi majlis kenduri, tempat tinggal untuk tetamu dan juga makanan yang sedap-sedap. Bila sebut pasal makanan kat sini katering daripada HOT Catering & Events menyediakan juadah makanan masakkan Melayu yang mengikut citarasa tuan rumah. Korang boleh pilih dariapda Nasi Minyak atau Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Masak Lemak Pucuk Paku, Keli Goreng Sambal, Daging Salai Masak Lemak, Rendang Daging, Kuah Dalcha, Ulam-ulaman serta pelbagai jenis manisan serta minuman.








Instimewanya lokasi ini adalah homestay ini mempunyai 4 bilik yang telah diubah suai untuk memuatkan keluarga yang ramai datang ketika majlis kenduri. Kemudian segala dekorasi dalam homestay sehingga luar juga disediakan oleh mereka untuk memberi kepuasa kepada tuan rumah mengadakan majlis yang bermakna ini. Kalau nak pelamin juga mereka boleh sediakan, gubahan bilik tidur pengantin, stage untuk persembahan juga mereka boleh sediakan dan macam-macam lagi sebut sahaja.





Ia memang ternyata satu yang sangat diluar jangkaan kerana ia mampu memuatkan jemputan seramai 500 orang dalam satu-satu masa. Katakanlah malam sebelum kenduri nak buat majlis berinai juga boleh kat sini, lepas tu majlis akad nikah siangnya dan bersanding, kemudian nak buat majlis resepsi esok hari juga boleh kat sini sangat selesa. Sebab tu mereka panggil konsep Wedding Homestay kerana segalanya ada bawah satu bumbung tak perlu nak sewa jauh-jauh dan banyak tempat. 

Open House Terlajak Raya


Masa Maha masuk kawasan homestay ini untuk majlis open house tu dah rasa seperti majlis kenduri kahwin. Dalam majlis tu memang ramai tetamu yang datang tuan rumah jemput tambah-tambah Chef Yang Jamil memang ramai kenalan artis turut datang juga. Tuan rumah juga meraikan anak-anak dari Rumah Amal Kebajikan Persatuan Islam Peribadi Mulia, Sg Kantan Kajang dan juga turut diundang anak-anak dari Akademi Tahfiz Al Abrar.





Meriahlah majlis Open House Telajak Raya ini walaupun Syawal dah lama habis tapi kehangatan raya itu masih kita dapat rasa. Masa majlis tu Maha tak lepas untuk makan makanan yang disediakan seperti Pulut dengan Serawa Durian, Lemang dan Rendang, Laksa, Cendol, Kambing Golek,  kuih-kuih raya dan juga pelbagai jenis buah-buahan tempatan itu adalah kegilaan Maha.








Bila dah balik tu rasa nak kahwin cepat lak hehehe tapi sayang tak ada calon lagi sapa nak wakakaka. Harap dapat adakan majlis yang bermakna dalam hidup di tempat yang istimewa macam ni mudah dan lengkap. Tak perlu nak susah-susah kemas rumah segala buat kat homestay dan makanan semua dah tersedia. 


Kalau korang kata bajet menjadi penghalang tak ada masalah itu semua bisa diatur. Hanya hubungi mereka sahaja nanti mereka akan tolong bantu untuk memberi service yang sesuai dengan bajet korang. Mereka pun tak nak membebankan pasangan pengantin yang nak meraikan majlis sekali seumur hidup ini. So korang hanya bergaya sebagai raja sehari dan segalanya istana telah tersegam dihias indah di sini. Best tak! 

Rasa nak tanya apa-apa pakej atau maklumat lanjut boleh hubungi hotline  : 
Tel : 016-873 4032 /012-325 2383
Email: sales.hotcatering@gmail.com







Info Percutian Di Cameron Highland Puncak Yang Sangat Cantik

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalai ni Maha nak cerita kat korang tentang Cameron Highland walaupaun majoritinya dah pernah pergi dan tahu selok belok tempat ini, tapi Maha nak share info kat korang just in case korang ada tertinggal fakta menarik tentang puncak sejuk ini. So harap korang hadap la membaca artikel Maha ni yer. Cameron Highland ni terletak di dalam negeri Pahang. Jarak puncak ini dari bandar Ipoh lebih kurang dalam 85km dan dari Kuala Lumpur pula 200km. Kawasan ni berkeluasan lebih kurang dalam 712km persegi lebih besar dari negara Singapura. Tetapi penduduk yang mendiami kawasan ini hanya dalam 43000 orang sahaja.


Ketinggian dari paras laut pula adalah 1,135meter ke 1,829 meter. Suhu di sana kadang-kadang pada waktu siang 25°C dan boleh mencecah sehingga 12°C pada waktu malam. Sejuk tu kalau korang ke sana jangan lupa bawa baju sejuk tau. So kalau nak ke sana ada 4 laluan utama yang menghubungkan bandar utama ke puncaknya iaitu melalui Bandar Ipoh, Tapah, Gua Musang dan Kuala Lipis. Nak naik kapal terbang takde airport lagi kat atas tu so jangan buat hal nak pergi buat booking kapal terbang. Di antara pekan yang terdapat di Cameron Highland ialah Kampung Raja, Taman Tringkap, Kea Farm, Brinchang, Tanah Rata, Ringlet dan Lembah Bertam. Nak ke Cameron Highland ni korang boleh menggunakan pengangkutan awam seperti bas dari Ipoh, KL, Gua Musang atau Kuala Lipis terus ke Tanah Rata. Kalau menggunakan kenderaan sendiri melalui lebuhraya PLUS korang boleh exit Tapah kemudian ikut route 59 dan dalam sejam setengah korang akan sampai ke Ringlet. Selain tu korang boleh ikut Simpang Pulai dan akan sampai dalam sejam ke Kampung Raja. 


Di antara kawasan yang wajib korang explore di sini ialah Gunung Brinchang. Tempat yang paling tinggi yang boleh dinaiki kenderaan di Malaysia. Kat atas tu ada stesen radio dan TV serta kat atas tu korang boleh menyaksikan pemandangan yang menakjubkan seluruh Cameron Highland. Jikalau korang menaiki teksi cuba ayat sikit driver teksi untuk bawak korang ke Mossy Forest dan Boh Tea punya tempat yang berada kat Sungai Palas. Korang boleh jugak berjalan untuk ke Waterfall Parit. Pastikan korang pakai baju yang sesuai sebab perjalanan menggunakan lalu pejalan kaki mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai. Kat area sini juga sebenarnya korang boleh tengok bunga Rafflesia iaitu bunga yang terbesar di dunia dan ia adalah pemangsa serangga.


Di puncak ini juga korang boleh melawat Time Tunnel, iaitu sebuah muzium yang ada banyak memori tentang sejarah Malaysia. Ada bayaran masuk yang dikenakan. Selain itu juga, korang boleh pergi ke Butterfly Farm, yang terdapat banyak jenis spesies rama-rama dan korang boleh bergambar bersama rama-rama tersebut. Kat sini pun ada bayaran juga untuk masuk. Lokasi paling wajib pergi kat sini adalah ladang Strawberry. Kat sini mereka membuat aiskrim strawberry, jus strawberry dan memetik buah strawberry untuk korang beli and bawa balik segar dari ladang. Termasuklah kalau korang nak beli sayur pun ada. Pada malam hari akan ada pasar malam kat sini korang boleh beli macam-macam jenis sayur yang segar dengan harga sangat murah berbanding korang beli kat supermarket area rumah korang wakakaka.



Lokasi semua korang dah tahu tapi macam mana pula dengan penginapan korang kat sini. Kalau korang nak cari Cameron Highland hotel untuk korang bermalam cadangan Maha adalah korang install apps Traveloka dan dari situ korang boleh search hotel apa yang ada kat Cameron Highland. Traveloka boleh bantu korang untuk bandingkan setiap hotel yang ada dari segi reviews, lokasi dan juga harga yang sesuai untuk korang. Dari situ juga korang boleh buat research dulu sebelum pergi, dan juga lepas dah yakin dengan hotel mana yang korang nak duduk korang boleh book terus dari Traveloka. Dijamin senang dan selamat. Kalau nak dapat harga lagi murah korang boleh register dengan Traveloka dan akan dapat diskaun 25%. Best tak? Sangat mudah untuk bercuti.


Moga beberapa tips dan panduan yang Maha sediakan ini dapat memberi pengalaman menyeronokan bila korang pulang dari bercuti. Ini kerana bercuti adalah masa untuk merehatkan dan mecari ketenangan bukan kesusahan. Selamat merancang percutian dan selamat bercuti semua.



*Gambar dari laman visitmalaysia.info






  

Tips Buat Business Traveler Mencari Hotel Selamat Dan Selesa Pada Harga Berpatutan - Manhattan

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan. Kebanyakan Business Traveler akan menghabiskan seperempat atau lebih banyak masa luar bilik hotel. Betul tak sebab datang kat KL ini hanya atas urusan kerja atau juga sebarang seminar untuk jangka masa yang singkat. Jadi kadang-kadang banyak yang business traveler ini abaikan faktor yang perlu mereka pertimbangkan untuk tinggal yang berbaloi dengan harga dan keselesaan mereka.


Maha sendiri selalu juga pergi travel atas urusan kerja jadi beberapa perkara yang akan dipertimbangkan untuk sesuatu penginapan yang selamat dan selesa. Mungkin sedikit tips ini dapat membantu korang luar sana nak cari hotel yang bebaloi. Maha tak pandai tapi dari pengalaman kongsikan kepada semua.

1) Tinggal dengan selamat

Ini adalah keutamaan yang paling penting bila nak pilih hotel untuk menginap. Bagusnya kalau hotel tu ada akses kad untuk pintu masuk dari pintu lif hingga ke pintu bilik. Juga kena pastikan yang hotel ada kawalan cctv di sudut yang strategik demi keselamatan.



Sebelum menetap di dalam bilik paling penting korang periksa bahawa kunci berfungsi dengan baik dan tekan butang 'Do Not Disturb'. Biarkan ia menyala sepanjang penginapan anda supaya orang tahun bahawa bilik tidak pernah kelihatan kosong.

2) Kebersihan dan keselesaan

Walaupun hanya habis masa untuk tidur malam sahaja tapi kebersihan bilik hotel dan juga bilik air sangat penting. Pastikan hotel ini sentiasa menggunakan cadar yang dibersih selalu  serta juga  susun atur dalam bilik mahupun bilik air kemas. Paling penting tuala diletak ditempat paling tinggi untuk elak daripada dijangkiti kuman kerana selalu ia letak dalam bilik airkan.



Nak lagi senang korang cari jer hotel yang ada sediakan semua kelengkapan peribadi yang penting seperti berus gigi, ubat gigi, shaver, shaving cream,  pengering rambut, shower cap dan sanitary bag. Kebanyakan tak sedia semua ini kerana korang boleh terus guna dan buang jadi lebih bersih.

3) Kesetiaan


Perkara yang jarang orang ambil apabila menginap kat hotel untuk business travel ini iaitu faktor kesetiaan. Ini sedikit sebanya memberi faedah kepada korang kerana pihak hotel akan sediakan program ganjaran untuk dijadikan manfaat eksklusif. Mungkin korang boleh dapat penginapan percuma, peningkatan bilik atau diskaun ke perkhidmatan seperti sarapan pagi.

Business Hotel Pilihan


Kalau korang tanya Maha mana hotel yang ada semua ciri-ciri seperti di atas adalah kat Manhattan Business Hotel. Bukan apa sebab Maha sendiri dah berpengalaman tinggi semalam di sini sebab atas urusan kerja sehingga lewat malam. Nak balik jauh dan bimbang keselataman jadi menginap kat hotel ini sebab dekat sangat dengan office area TTDI jer.



Hotel ini berkonsepkan hotel traveler yang mewah tapi pada harga sangat berpatutan. Semua perkara yang Maha sebut kat atas tadi tu memang ada kat hotel ini jadi sangat selamat tak rasa bimbang. Selalu Maha lalu luar jer hotel ini tapi bila kena menginap sini baru tahu yang dalamnya sangat cantik. Kat bahagian penyambut tetamu direka bagi membawa suasana station keretapi di Bandar Manhattan memang menarik.



Lepas tu naik tingkat atas kat bilik tu korang ada kad askses jadi bukan sebarang orang boleh masuk jadi lebih selemat. Setiap tingkat pula dinamakan dengan station keretapi yang popular di sana dan hari tu Maha duduk kat 5th Avenue. Dalam bilik hotel segala kemudahan ada seperti arah kiblat mudah untuk penginap muslim dan juga ada peti simpan keselatan untuk simpan barang serta ada mini peti sejuk. Paling seronok internet sini laju sangat senang nak buat kerja dari bilik.



Masa search kat laman web hotel ni untuk booking rupanya hotel ini terima anugerah Best Business Hotel 2018 daripada Property Insight. Sebab tu hotel ni nampak cantik dan kemas. Kalau korang nak dapat ganjaran kesetiaan yang Maha cerita tadi korang kena booking online melalui laman web mereka. Ini kerana korang boleh dapat harga lebih murah iaitu dengan diskaun 20%-25%. Harga hotel ini dah termasuk penginapan satu malam dan juga sarapan pagi tau memang senang.



Kalau sapa-sapa yang ada urusan kerja atau seminar atau business trip kat Kuala Lumpur, memang hotel ini sangat sesuai. Kalau datang naik public transport kat sini berdekatan dengan station MRT TTDI yang hanya ambil masa 5 minit jalan kaki sahaja. Kemudian sebelah dengan Glo Damansara Shopping Complex serta kedai 24jam jadi mudah nak makan pun dekat sahaja area TTDI tu dah banyak kedai makan.







Hotel ni check ini adalah pukul 12.00 tengh hari dan check out juga pukul 11.00 pagi. Jadi korang boleh plan kerja pukul berapa dan boleh prepare apa yang patut. Sedikit pengalaman Maha kat hotel ini dikongsikan pada korang mungkin dapat membantu mana nak cari hotel best dan pada harga range RM130 dan bawah RM200 ikut jenis bilik. Selamat berehat semua. 

Tempahan bilik dan pertanyaan hubungi :-
Telefon: +603-7732 2226 
Fax: +603-7733 2232






Viewing all 1331 articles
Browse latest View live