Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok kali ni Maha nak cerita tentang satu restoran dan kafe yang sebelum ini Maha selalu lalu dan hanya lihat papan tanda sahaja di lebuhraya Karak. Al maklumlah Maha setiap hujung bulan akan balik kampung kat Pahang memang lalu lebuhraya tu dan setiap kali pergi atau balik akan nampak signboard Tanah Aina Fareena ini.
Dalam hati selalu bertanya apa sebenarnya yang ada kat dalam tu ada resort ker atau ada aktiviti hutan macam jungle tracking ker atau air terjun ker sebab tak pernah terlintas nak berhenti dan tengok. Tapi Alhamdulillah baru-baru ini Maha diberi kesempatan untuk masuk sendiri ker Restoran dan Kafe Tanah Aina Fareena ini.
Laluan Ke Tanah Aina Fareena
Nak ajar sikit pada korang yang nak masuk kat sini walaupun ia berada betul-betul ditepi lebuhraya, cuma jalan masuk kena hati-hati sikit. Kalau korang dari KL ker Pahang lepas sahaja 500 meter Hentian Lentang korang akan nampak satu simpang ke kiri ada papan tanda tulis parking Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant. Manakala kalau korang dari Pahang ke KL pula akan buat pusingan U kat hentian Lentang dan masuk ikut papan tanda tadi juga.
Walaupun nampak signboard besar tepi lebuhraya Tanah Aina Fareena tu korang tak boleh masuk ikut situ, kerana tiada kawasan parking. Kena masuk ikut seberang jalan, di mana mereka sediakan kawasan parking yang sangat besar dan ada laluan perjalan kaki berbumbung bawah lebuhraya yang cantik ditepi sungai yang jernih. Jadi tak rasa bosan perjalanan korang dan akan rasa nak bergambar setiap masa.
Itu cara nak masuk bila dah masuk korang akan terpukau dengan keindahan dan kehijauan alam semulajadi yang ada kat sana. Mereka masih mengekalkan keindahan alam dengan pelbagai tumbuhan buah-buahan dan juga tidak mencemari kawasan tersebut. Masa Maha masuk tu rasa tenang sangat dengan reka bentuk restoran dan cafe yang sangat cantik kemas dan memberi ketenangan untuk makan.
Korang boleh pilih untuk makan kat dalam dewan yang mampu memuatkan sehingga 70 hingga 200 orang dalam satu-satu masa. Korang juga boleh buat pelbagai aktiviti di sini seperti mesyuarat, reunion, pelancaran produk, harijadi, majlis pertunangan, pernikahan, majlis koporat dan macam-macam lagi. Juga korang boleh nikmati makanan sambil mendengar deruan air sungai dan kicauan ungas-ungas di kawasan terbuka. Best kat sini luas tempatnya dengan ada kemudahan tandas yang selesa dan juga tempat untuk solat.
Masakan Asia Dan Malaysia
Dah berapa perenggan ni Maha cerita pasal tempat ini sahaja tak habis lagi banyak lagi nak cerita tapi matlamat utama nak kongsi ngan korang makanan yang ada kat sini mesti korang tertanya-tanyakan. Makanan di sini diilhamkan daripada masakan Asia dan tradisional kegemaran rakyat Malaysia. Paling penting masakan kat sini tiada menggunakan bahan kimia dan juga tiada MSG jadi korang boleh rasa keaslian masakan tersebut.
![]() |
Egg Tofu Tanah Aina Homemade |
![]() |
Mongolian Beef | Medium - RM45 | Large - RM65 |
Maha nak terang satu-satu makanan yang ada kat sini rasa panjang sangat dan korang mesti korang bosan nak baca. Maha senaraikan masakan yang disediakan kat sini dengan harga yang ditawarkan.
![]() |
Pineapple Prawn | M - RM48 | L - RM90 |
![]() |
Kangkung Belacan | Small - RM15 | Medium - RM25 | Large - RM45 |
![]() |
Salty Egg Long Bean | Small - RM15 | Medium - RM25 | Large - RM45 |
![]() |
Sweet Sour Chicken | Small - RM20 | Medium - RM35 | Large - RM65 |
Ok tak rasa cukup semua makanan yang Maha senaraikan ini. Rasa masih ada lagi tapi yang paling Maha suka sekali diantara semua ini adalah Tomyam Seafood, Tanah Aina Fish Head Curry dan Salty Egg Long Bean. Tapi sebenarnya semua Maha suka dan memang makan tak habis nasib makan ramai-ramai hehehe.
Selain dari itu juga minuman kat sini pun sangat unik dan menarik minuman segar buah-buahan semua ada. Serta minuman sihat daripada sayur-sayur dan buah-buahan menjadi pilihan. Sebab kita ada kat alam semulajadi jadi kena nikmati semua itu.
![]() |
Fruit Juice - RM12 |
![]() |
Smoothie |
Bila dah makan berat kena pula makanan pencuci mulut tradisional dan kek sangat mengancam kat sini. Di bawah ini ada bererapa yang korang kena cuba ok.
![]() |
Puff (Big) - RM12 |
![]() |
Brown Sugar Cake - RM10 / Slice |
![]() |
Butter Cake - RM10 / Slice |
![]() |
Tanah Aina Homemade Ice Cream - RM15 |
Paling penting kalau korang datang pada musim buah-buahan iaitu dari bulan Jun hingga Sept tak silap Maha korang boleh nikmati semua buah-buahan kat sini. Banyak sangat pokok buah yang ada korang mesti akan rasa tak menyesal masuk sini. Buah seperti Durian, Pulasan, Langsat, Cempedak, Manggis, Mempelam dan bayak lagi.
Lepas makan semua tu korang boleh mandi kat sungai yang ada di situ memang air sangat sejuk dan menyegarkan. Walaupun air sungai tu tak besar tapi memang best mandi bersama keluarga kalau korang datang dengan keluarga. Anak-anak mesti sangat suka mandi sungai.
Hiking Lata Fareena
Selain itu juga bagi mereka yang suka panjat memanjat bukit ini, Tanah Aina Fareena Café and Restaurant juga menawarkan pengalaman Back to Nature di mana pakej hiking khas untuk Lata Fareena. Pakej bermula serendah RM100 untuk seorang dan pakej separuh hari ini termasuk sarapan pagi, pemandu hiking, kopi di Lata Fareena dan juga makan tengah hari.
Wow menariknya kat sini memang tak bosan korang kalau datang selain dari makan dan menikmati keindahan alam korang boleh beli sayur-sayur segar yang mereka tanam ini tau murah jer. Korang nak datang bawa family hujung minggu tak jauh pun dari KL hanya ambil masa lebih kurang
50 minit sahaja. Boleh buat macam-macam aktiviti dan terbuka kepada semua. Restoran dan kafe ini buka setiap hari dari pukul
8.00 pagi untuk nikmati sarapan pagi, makan tengahari dan sehingga
10.30 malam untuk makan malam.
Ini adalah pemilik kepada Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant serta semua Tanah Aina seluruh Malaysia iaitu
Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina Bt Syed Akil. Terima kasih kerana menjemput Maha dan korang semua kena datang tau.
Tempahan atau pertanyaan lanjut boleh hubungi
Tel : +609 233 9112
016 609 0493 (Juliet)
016 215 9252 (Hannah)
011 2628 8779 (Sheila)
Alamat: -
Tanah Aina Fareena Café and Restaurant
Lot 6073 KM 54.3
Lebuhraya Karak-Lentang,
28700 Bentong, Pahang